Wednesday, 29 February 2012

CUAK

Selalu update blog mesti cerita pasal NOVEL..Boring kan??? Entah pape jewlarh..Tapi hari niey cik sue nak cerita psal hardisk kesayangan...huhuu..Tak dewlarh sayang sangat kan?? sayang lagi at AMIRUL FIRDAUS...hehehee :D


Hari niey hari rabu..so kena dtg pagi-pagi kerje mcm biasa..Pagi yang sgt2 larh harmoni...Masuk dalam ofis...bukak lappy dan bwt keluar hardisk jgk..mcm biasa larh cik sue buat..Kwn kepada kwn yang praktikal sekali dgn cik sue dia ambek hardisk cik sue..And then dia tanye mcm psal hardisk cik sue..biase larh soalan nyew "brape arge" "brape GB"..Dia pun cucok kat lappy kwn yg pratikal sekali dgn cik sue..Berjangkitlah virus-virus cinta kat hardisk cik sue sb lappy kwn praktikal cik sue memang ada virus-virus cinta tuh larh...cuak yang teramat larh cik sue time tuh..Bayangkan semua kerje-kerje cik sue ada dlm hardisk tuh..dari semester 1 and semester skrg (sem4)..kerje-kerje yang di bagi semase praktikal dan macam2 arh...nak nanges pown ada time tuh...Pertame cik sue lakukan time tuh message En. Andrian Maula...Dia ckp dia tak tahu..law dia jadik cik sue dia akan format jewk...OOOHHH TIDAK SAME SEKALI...Lepas tuh cik sue berfikir sejenak..Cik sue niey tak pandai psal lappy or semua niey..KAMPONG SANGAT..Dan tibe-tibe teringatkan Cik Munya or lebih dikekali Nurul Atika..Pernah terjadik perkara niey at Pendrive dia..Dan Cik Hanim or MAMA yang tolong buat kan backup or shortcut...Terus cik sue message Cik Hanim..Dan meminta bantuan nyew yang amat dihargai dan dikenang jasa baeknya..Jauh bukan penghalang pada zaman serba moden niey..Dan Cik Hanim hantar melalui EMAIL..mcm biasa larh itu yang paling cepat and mudah...Akhirnya selamat lah hidup hardisk cik sue...tenang dan happy rase nyew...KELAKAR..Benda yang remeh temeh mcm niey pown cik sue xtahu..malu nyyyyaaaa... :D




TAK CHANTEX TAK MAHAL TAPI AMAT BERHARGA DAN BERJASA






#THANK YOU FOR HANIM MOHD RAMAZI



Wednesday, 22 February 2012

SELAGI ADA DIA

"Aku sering membina angan.
Membina istana indah.Dia sebagai raja dan aku sebagai ratu.
Biarpun istana kami hanya sekadar pondok kecil,
Namun aku tahu....
Dia akan sentiasa disisi dan mencintaiku selamanya.

PERTEMUAN tanpa dirancang telah membuka pintu hati Arianni untuk mengenal erti cinta. Apatah lagi, lelaki itu berjanji menjadikan dia sebahagian hidupnya, berjanji bahawa segalanya mampu ditangani dan berjanji akan mempertahankan cinta mereka.

Namun, kasih yang disulam, janji yang tematerai terlerai akhirnya bila terbonakar satu rahsia yang tidak terduga. Sebagai wanita bermaruah, Arianni nekad menoktahkan segala impian. Cinta pertamanya harus dibuang jauh daripada kotak ingatan. Lelaki itu bukan untuknya.

Tahun berlalu... hadirlah lelaki baru dalam hidupnya. Sayangnya, pintu hati masih tertutup rapat. Rasa terluka itu masih ada. Baginya, cinta kedua tidak membawa sebarang makna, tiada keikhlasan, tiada kejujuran. Lalu bagaimana?? Selama manakah lagi harus dia tunggu untuk mengecap nikmat kebahagiaan?? Terlalu memilihkah dia??




#sinopsisnovelSELAGIADADIApenulisnyaAISYASOFEA

JAUH

 






Siapalah yang dapat melupakan tempat kasih bersemi? Sesungguhnya api cinta itu hangat membakar.

Meski telah padam, namun baranya masih ada. Masa dan kejauhan bukan halangan bila jodoh telah ditentukan.









#sinopsisnovelJAUHdaripenulisnyaAISYASOFEA





JENDELA HATI

Harga kesetiaan seorang lelaki bernama suami begitu mahal nilainya pada insan bernama Lukman Hafizi ini. Setelah pemergian isteri tercintanya, Sarah, hari-hari yang dilaluinya tidak lagi seindah semalam. Dia terus hanyut dalam lamunan khayalannya.


Kepulangan Farah, kembar seiras arwah isterinya tidak mampu menggugah selaut kenangan bersama arwah isterinya. Farah pula tersepit dengan wasiat terakhir kakaknya serta dilema perasaannya sendiri. Dia pasrah akhirnya.


Benarkah 'ganti tikar' yang berlandaskan 'keterpaksaan' bagaikan embun di hujung rumput; memakan diri sendiri akhirnya. Apakah ini harga yang perlu dibayar untuk sebuah pengorbanan? Hayatilah falsafah yang tersirat di sebalik mesej yang tersurat ini.




#sinopsisnovelJENDELAHATIdaripenulisnyaAISYASOFEA

KAU UNTUKKU


Pertama kali bertemu Nurul Umairah, hati Ahmad Fuad sudah terpaut. Biarpun gadis itu sudah dimiliki, namun perasaannya tidak pernah berubah walaupun terpaksa menyembunyikan rahsia hatinya dalam-dalam.


Bila Jefri, tunang Nurul terkorban dalam kemalangan, Fuad menawarkan kasihnya. Nurul menolak kerana tidak mungkin dia mengalih perasaan pada lelaki lain dalam sekelip mata sahaja. Kebijaksanaan Fuad akhirnya meruntun tembok yang dibina Nurul. Dia akhirnya menerima Fuad tanpa mengetahui rupa-rupanya ada gadis lain sedang menagih kasih lelaki itu semula.


Apakah Fuad akan menyambung semula kasihnya bersama gadis yang tiba-tiba muncul kembali di antara mereka? Mampukah Nurul Umairah sekali lagi kecewa biarpun lelaki itulah yang memulakan percintaan mereka?


Kau Untukku; indah, Romantis dan membuai perasaan. Sentuhan terbaru Aisya Sofea setelah Jauh dan Jendela Hati.


#sinopsisnovelKAUUNTUKKUpenulisnyaAISYASOFEA 

GELORA JIWA

Siapa kata setia tak mungkin berlaku curang? Siapa menduga kasih takkan bertukar menjadi benci? Katakan sejujurnya, bagaimana harus disukat bahagia jika dalam hati Intan Azureen, berkocak dilanda asmara. 

Seraut wajah tenang itu, tiba-tiba berubah menyimpan seribu luka. Keluh resahnya sekadar melunakkan hati yang duka. Bagaimana harus dijelaskan; setianya bukan lagi untuk Hanif Azman tunangnya. Tapi, kasihnya sudah berpaling jauh pada Hanif Ashman dalam sekelip mata! 

Siapa merampas dan siapa yang dirampas? Siapa yang berhak dan siapa pula yang tak punya hak? Intan Azureen lemas di tengah-tengah kekusutan. Dia harus teguh memegang janji wasiat; membina rumah tangga dengan lelaki pilihan keluarga.

Atas desakan keluarga melawan kehendak hati, dia harus membuat pilihan yang tepat. Hanif Ashman satu mimpi. Hanif Azman pula satu realiti. Tapi mimpi itu juga yang sentiasa membayangi hidupnya. Ah, sukarnya menidakkan takdir sedangkan cintanya hanya untuk Hanif Ashman seorang. Jadi, bagaimana?

Dia tekad, dilema ini harus dinoktahkan. Siapapun yang terpilih, dia akur akan melimpahkan kejujuran sepenuh hati. Tapi, siapakah antara mereka yang bakal mengongsi hidupnya sepanjang hayat? 





   



#sinopsisnovelGELORAJIWAdaripenulisnyaAISYASOFEA

SEHANGAT ASMARA


     




Kamilia Najwa & Zainal Arief. Pandang pertama mereka memutikkan cinta dan berakhir dengan perkahwinan di London tanpa restu keluarga. Namun, badai asmara mereka sentiasa membakar di sebuah bilik kecil di Oxford dengan janji sehidup semati. 

Kebahagiaan mereka tiba-tiba terhenti! Zainal terpaksa pulang ke tanah air dengan janji akan kembali lagi. Sejak itu hingga menginjak sembilan tahun lamanya, Zainal tidak pernah pulang sedangkan Kamilia terus menanti dengan air mata dan sengsara. 

Tanpa diduga, Zainal muncul kembali. Datangnya untuk menuntut Misya, anak comel yang selama ini ‘disembunyikan’ oleh Kamilia. Dendam kesumat Kamilia terhadap Zainal tidak pernah padam. Anehnya, ‘dendam rindunya’ terhadap lelaki itu lebih kuat dan mengusik perasaannya. 

Benarkah dia membenci lelaki itu? Dan hipokritkah Zainal bila menyatakan hanya Kamilia seorang di hatinya...







#sinopsisnovelSEHANGATASMARApenulisnyaAISYASOFEA

Monday, 20 February 2012

BUATMU KEKASIH

Tanpa Fikri, dunia Ika tidak bermakna.
Tiada Lukman, betapi sepinya hati Farah.
Betapa getir dugaan, Fuad tetap milik Umairah.
Meski bertahun berpisah, hati Zainal hanya untuk Kay.
Dan cinta suci Hanif adalah memori terindah Intan Azureen.


Tahun berlalu... kini Ika, Farah, Umairah, Kay dan Intan sedang meniti
alam kedewasaan. Walau jauh di sudut hati mereka mengharapkan
kebahagiaan, namun yang terluka ada perasaan yang tersentuh, ada hati
yang merana. Namun, dengan kekuatan kasih sayang, segala dugaan cuba
diatasi sebaik-baiknya.


Buatmu Kekasih menggambarkan betapa akrabnya kita dengan watak-watak
dalam karya terdahulu hingga merasakan bahawa mereka turut menghirup
udara yang kita hirup, tinggal di bawah langit yang sama dan juga
berlampukan sinaran bulan yang satu. Khusus untuk pembaca tersayang,
saya titipkan khabar terkini pasangan-pasangan yang pernah saya
ilhamkan. Semoga dengan kisah yang saya lakarkan ini dapat memberi
ikhtibar untuk kita meniti hidup seharian.









#sinopsisnovelBUATMUKEKASIHpenulisnyaAISYASOFEA

TIADA NOKTAH CINTA






Entah silap siapa, persahabatan menjadi ingauan ngeri. Kerana percaya atas dasar sahabat, dirinya dianggap sebagai pencemar maruah! Ismadi membiarkan Fitrah sendiri mencari harga diri yang telah hilang dan hidup dalam sejarah hitam yang tidak tahu siapa penciptanya.


Hampa dan keliru menjadikan Fitrah seperti dikejar oleh bayang-bayang sendiri. Begitu takut untuknya berpaling apatah lagi melangkah. Bagi dirinya di kira kanan penuh onak yang tak sanggup untuk diredah. Dia rela berdiri di situ selagi boleh bernafas. Biarlah semuanya berlalu mengikut putaran waktu. Dan... dia sanggup menjadi penunggu yang hanya mengenang kisah lalu.


Sesekali Fitrah ingin membebaskan diri daripada rantaian kenangan itu. Membuangnya jauh-jauh supaya hidup lebih tenang dan damai. Tetapi, bagaimana hendak disingkirkan kalau kenangan itu sering menerjah? kadangkala dia rimas dengan belenggu itu. Terutama bila jiwanya sepi kerinduan dan hatinya kontang dgn kasih sayang.


Kehadiran Daniel seperti tepat pada ketikanya. Tetapi Fitrah seakan bermain dgn masa. Baginya cinta yang baru berputik ini mesti dinoktahkan! Namun, gembirakah Fitrah dgn keputusan itu? Atau, luka lamanya akan berdarah kembali?









#sinopsisnovelTIADANOKTAHCINTAdaripenulisnyaEMMAMAIZURA

DAKAPAN RINDU

Suraya seindah nama, secantik pekertinya. Disisih, dicaci dan dihina, namun dia tetap tabah mengharungi dugaan. Mengenali Ezahar, membuatkan kasih sayangnya tertumpah pada lelaki itu. Baginya Ezaharlah pengubat lara, penyembuh derita.

Pemergian Ezahar ke luar negara memberi kesan kepada Suraya. Namun, siapalah dia untuk menghalang. Janji dimeterai; selagi ada hayat, selagi it setia takkan goyah. Tinggalkah dia memegang teguh janji yang terpahat, menghadapi onar sendirian.

Bulan berganti tahun... namun, khabar berita yang dinanti-nantikan tidak kunjung tiba, Suraya terkapai-kapai keseorangan, membuat pelbagai telahan dan andaian. Apakah akhirnya nanti?

"Cinta itu wujud apabila kita mula merasainya. Bila kita dah merasainya, ungkapan cinta itu sudah tidak perlu lagi."

Benarlah, hadirnya cinta tidak diduga. Hadirnya kasih tidak dipinta. Suraya sesungguhnya tidak pernah meminta hatinya dibahagi dua. Kehadiran Norman di saat hati terguris luka memberikan semangat baru untuknya.

Haruskan dia terus berlaku setia andai diri seolah dipersia? Haruskan dia membutakan mata dan hati, mengharap pada yang tak pasti? Tergamakkah dia melerai janji yang ditaburi sendiri? Di mana pendiriannya?

Dia perlu yakin pada kata hati! Yang pasti, dia tidak mahu tewas untuk kesekian kali!








#sinopsisnovelDAKAPANRINDUpenulisnyaFATINNABILA

MAHLIGAI CINTA



Memuatkan momen-momen cinta yang bahagia,
Sengsara suka dan duka.
Ada cinta yang terhalang...
ada rindu yang tercicir.



#sinopsisnovelMAHLIGAICINTAdaripenulisnyaSRIDIAH

BILA CINTA MEMBARA








Bila cinta membara, hati mula bergelora. Meskipun pada zahir tampak
sempurna, namun pasti ada kekurangannya. Atas dasar suka sama suka,
Kamarul menjadi Syamsidar, seorang model terkenal sebagai ratu
hatinya. Dia menghamparkan segala kasih sayang kepada Syamsidar
sehingga mereka dikurniakan dua orang permata hati.

Namun, tanpa diduga, Syamsidar sanggup menduakan Kamarul yang setia
dengan janjinya. Dia tertipu oleh janji manis Jeffry yang beria-ia
menunjukkan keikhlasan dan tanggungjawabnya. Lelaki itu pandai bermain
kata-kata sehingga Syamsidar lemas dalam tsunami ciptaan mereka.

Skandal rumah tangga yang selama ini tersimpan kukuh akhirnya meletus.
Ketika kemelut kian meruncing, Syamsidar terjaga dari mimpi
panjangnya. Sandiwara cinta ini mesti dinoktahkan! Segala kenangan ini
mesti dikuburkan. cukuplah... dia kini mahu kembali bernafas di alam
realiti!

Persoalannya... semudah itukah dia mendapat kemaafan daripada lelaki
yang telah terluka hatinya? Mampukah kebahagiaannya dikembalikan semula?

BILA CINTA MEMBARA... hanya ALLAH yang menentukan segala-galanya.











#sinopsisnovelBILACINTAMEMBARApenulisnyaMAZIAHARRIS

HADIRMU SATU KURNIA


Jazlan (Alan), seorang lelaki yang penyayang dan bertanggungjawab telah jatuh hati pada teman sepermainan sewaktu kecil hinggalah dewasa bersama-sama. Akhirnya Alan telah melamar Fidelya, (Delya) menjadi suri hatinya. Setelah bersama-sama melayari alam rumahtangga, Delya disahkan menghidap leukemia. Hancur dan sedihnya hati tatkala menerima perkhabaran tersebut begitu juga dengan Alan. Namun hidup mesti diteruskan jua. Sesungguhnya Alan adalah seorang suami yang tabah dan amat menyintai Delya. Dia tidak mahu kehilangan Delya buat selama-lamanya. Jodoh maut ajal di tangan tuhan. Akhirnya Delya menghembuskan nafas terakhir di pangkuan suami tercinta ketika azan subuh berlalu. Hanya lagu menjadi kenangan mereka.

You’re my everything
The sun that shines above you make the blue bird sing
The stars that twinkle way up in the sky tell me
I’m in love…
When I kiss your lips
I feel the roaring thunder to my fingertips
And all awhile my head is in despair deep within
I’m in love…..

7 tahun berlalu, Alan kembali ke Malaysia. Alan diselubungi dengan mimpi-mimpi yang tak pasti. Wajah suram seorang gadis sedang melambai-lambai ke arahnya. Walau mimpi itu adalah mainan tidur, tetapi ada sesuatu di sebalik mimpi tersebut. Takdir telah menemukan Alan dengan Jasmina dan Nathalia. Hanya kerana dendangan sebuah lagu yang menghantui jiwa Jasmina, dia dipertemukan dengan Alan. Jasmina seorang gadis lumpuh akibat satu kemalangan jalan raya yang telah juga mengorbankan kekasihnya. Kemesraan yang terjalin dengan Alan telah menambahkan kasih sayang antara mereka berdua. Ibarat ada chemistry di antara mereka.
Jasmina yang dianggap oleh Alan sebagai adik rupa-rupanya adalah adik kandungnya yang telah lama terpisah. Dengan terjalinnya hubungan dengan Jasmina, menemukan kembali Alan dengan kedua orang tuanya yang telah terpisah. Jasmina juga yang banyak mengingatkan dirinya kepada arwah Delya. Dalam diam, Alan telah jatuh cinta pada Nathalia. Gadis itu pula yang meragui kasih sayang antara mereka gara-gara kemesraan yang ditonjolkan oleh Alan terhadap Jasmina. Rakan Alan, Ecbal telah jatuh cinta kepada Jasmina. Jodoh sekali lagi menemukan Alan dengan Nathalia, gadis yang dicintai selepas Delya. Mereka berdua akhirnya melangsungkan perkahwinan.






#sinopsisnovelHADIRMUSATUKURNIAdaripenulisnyaFARIZAZULIANA

HATIKU DI HARAJUKU

Ryu-Watanabe berasa tidak dirahmati; lahir di penjara dan membesar di rumah kebajikan. Dia seorang yakuza yg digeruni. Malah seorg samurai yg mahir bermain pedang. Jenayah adalah gelanggang permainannya dan penamat kepada permainan itu adalah maut.

Sabrina tertarik mendengar kisah cinta yakuza~ Ryu-Watanabe dan Noriko. Ia bagaikan sebuah mitos yang tidak pernah terungkai. Tersimpan menjadi sebuah rahsia yg tidak pernah terbongkar. Terpengaruh dgn kisha itu, Sabrina bersetuju menerima pelawaan Murni utk melancong ke Tokyo. Di Harajuku, mereka mencari Ryu Watanabe.


Dan, bagaikan kebetulan... saat inilah Ryu-Watanabe muncul. Benih cinta tumbuh subur walaupun ia bukan pandang pertama. Noriko cemburu dan berdendam. Akhirnya cinta tiga segi itu menjadi percintaan berdarah. Tou Aii atau pedang cinta menjadi saksi pertumpahan darah itu berlaku. Cinta tidak selalunya indah. Ia kadangkala berkalang noda.


Hatiku di Harajuku adalah debaran mengasyikkan sentuhan Ramlee Awang Murshid. Diwarnai cerita cinta yg menggugah hati. Pertarungan yg mencemaskan, saspens, konflik jenayah serta sebuah kisah keluarga menyayat hati. Sayonara - ungkapan yg tidak akan anda gemari.







#sinopsisnovelHATIKUDIHARAJUKUpenulisnyaRAMLEEAWANGMURSHID

SEINDAH MEMORI


Kalau benarlah cinta itu lahir dari hati yang suci dan rela berkorban deminya, mengapa tidak ke jinjang pelamin pengakhirannya? Kalau benarlah cinta itu dari jiwa yang ikhlas, kenapa ada yang ternoda kerananya? Itulah lumrah cinta manusia.

Dicintai dan mencintai tidak pernah padam walaupun sering dipersendakan oleh kerenah manusia. Begitulah kehidupan Dayang yang penuh dengan kemelut cinta. Kali pertama dalam hidup, dia menghadapi dugaan cinta yang sungguh mencabar. Nak ditelan seperti pahit, nak dibuang tak sampai hati.

Ungkapan ÔAku cinta padamuÕ mengajarnya erti reda dan pasrah. Dugaan dan ragam takdir sentiasa bergerak seiring dengan lafaz janjinya. Akhirnya, memporak-perandakan seluruh sendi kehidupannya. Cinta dua darjat antara Dayang dan Syed Iqbal menguji penantiannya. Namun kerana satu janji, biar datang ribut taufan sekalipun, cintanya tetap dipertahankan walau Iqbal terbang tinggi di langit dan dia hanya melata tumbuh di bumi.

Sesungguhnya pertarungan merebut cinta Iqbal memerlukan ketakwaan dan ketabahan sebagai syarat! Kerenah takdir juga menyaksikan dirinya terlibat dalam cinta tiga penjuru. Cinta yang memusnahkan tiga kasih, tiga perasaan dan tiga hati. Kesemuanya menuntut pengorbanan dan air mata. Seorang harus melupakan dan seorang lagi harus dilupakan untuk memberi ruang pada orang ketiga. Siapa antara mereka yang ketawa gembira dan siapa pula yang akan merintih hiba?





 #sinopsisnovelSEINDAHMEMORIpenulisnyaILANIMYSARA


GETARAN RINDU

Mengisahkan perjalanan hidup Izham, seorang jurufoto yang jatuh cinta dengan seorang gadis bernama Fara, seorang pekerja di Perpustakaan Negara. Sebagai jurufoto, kenalan Izham ialah golongan korporat dan VIP. Tanpa disedari, Delia seorang pramugari juga menaruh hati padanya sedangkan dia adalah kekasih gelap Suffian yang juga kenalan Izham. Untuk mengelakkan Delia terus menghampiri Izham, Suffian telah merancang sesuatu dengan Tengku Kamil.

Ketika mereka menghantar Izham ke Venice untuk melakukan satu tugasan, bermacam-macam peristiwa telah berlaku. Adakah taktik Suffian dan Tengku Kamil dapat dibau oleh Izham? Haruskah Izham menerima cinta Delia sedangkan dia dan Fara semakin intim? Kenalan rapat heboh mengatakan Izham telah menghilangkan diri dan ada yang mengatakan dia telah mati. Mengapa perkara ini boleh terjadi? Adakah Izham benar-benar telah mati? Segala-galanya terjawab dalam GETARAN RINDU.







#sinopsisnovelGETARANRINDUdaripenulisnyaNORZAILINANORDIN



KAU KEKASIHKU

Hadirmu bagai sinar mentari pagi. Menerangi lorong kelam lagi sunyi yang selama ini ku lalui. Melenyapkan kedukaan yang bagai berkurun lama memenjara jiwaku dalam sepi. Terasa kini, bahagia ada di mana-mana. Hanya dirimu yang bertakhta di hati. Pandanglah ke dalam mataku.... selamilah jauh hingga ke dasranya. Pasti yang akan kau lihat adalah rinduku terhadapmu. Tapi, apakah getaran cinta yang meruntun hati hanya aku saja yang merasakannya? Zairi... hatimu sebenarnya untuk siapa? Mengapa kau terus membisu pada ketika aku amat yakin yang aku bukan berbayang seorang diri? Aku tahu cintaku berbalas, tapi mengapa tak pernah sekalipun kau melafazkannya? Aku tahu perkahwinan bukan janji syurga... bukan janji bahagia, tapi sepenuh hati dan jiwa aku pertaruhkan. Aku sangka kita berkongsi impian yang serupa dalam membina istana bahagia, tapi rupa-rupanya kehadiranku bagai tak bermakna apa-apa. Reaksimu dingin dan beku. Menghampakan. Melontar diriku ke lembah duka nestapa. Sungguh kesucianku tak tercela, tapi.... aku difitnah oleh siapa sehingga kau tak mahu 'menyentuhku'? Aku ibarat musafir di padang pasir yang dahagakan setitis kasihmu. Menanti saat kau datang kepadaku dengan penuh rindu. Zairi... mengapa hubungan kita aneh begini? Aku tak mengerti, sandiwaramu. Rahsia apakah yang cuba kau sembunyikan hingga segalanya terus terpendam menjadi misteri? Ah, lelaki... apakah sememangnya dilahirkan untuk melukakan hati perempuan? Dan perempuan pula, selama mana harus membiarkan hati teru terluka? "Dhira percayalah... cuma kematian yang akan memisahkan kita berdua. I love you so very much. Hanya kau kekasihku"...






 



#sinopsisnovelKAUKEKASIHKUpenulisnyaANISAYUNI


LAFAZKAN CINTAMU

Mengenali lelaki itu adalah detik-detik terindah di dalam hidup Erina. Dalam diam dia menyedari hatinya mula berubah rasa. Cinta pandang pertama itu makin mekar hari demi hari. Namun, disaat dia mula mencium wanginya bunga cinta, di saat itulah dia tahu bahawa lelaki itu telah dimiliki. Sewajarnya...dia tidak akan memburu cinya yang tak pasti!

Lantas, Erina terus memendam rasa, membiarkan cinta yang tak terucap itu tersimpan dilubuk hati. Meskipun di mata lelaki itu telah terpancar selautan cinta, telah terbayang mahligai bahagia, namun dia nekad. Cinta tak semestinya bersatu. Cukuplah sekadar memiliki hati lelaki itu, bukan tubuh badannya. Dia cuba membuang jauh segala rasa yang pernah membuatnya bahagia.

Aduhai perempuan... sampai bila mesti memendam rasa, sedangkan jiwa terus merana? Dengarlah dan lihatlah dengan mata hati serta akal fikiran, apakah terlalu payah untuk menuturkan kalimah suci itu? Mencintai dan dicintai bukan satu dosa, malah ia adalah satu fitrah, anugerah ILAHI untuk setiap insan. Lantaran itu, lafazkanlah cintamu, usah dibiarkan hati terus terluka...








#sinopsisnovelLAFAZKANCINTAMUdaripenulisnyaAIDAADRIANI




BAYU ASMARA

MIMPI-MIMPI itu menjelma kembali mengganggu hidupnya. Mimpi yang meresahkan fikiran. Mimpi yang mula menuntut hak untuk berada di hati kecilnya. Puas ditepis dan ditolak, tapi semakin dekat, hingga membuatkan dirinya merantau mencari siapakah gerangan yang ingin mendampingi cintanya. Mimpi dan cinta beriringan meragut usianya setiap tahun. Ah... alangkah peliknya!!

"Terimalah hakikat kalau itu sudah ketentuan. Kalau hak kita dah mula datang dan kita merasai kehadirannya, mintalah pada-NYA. Semoga apa yang dikurniakan adalah yang terpilih dan bukan daripada hasutan syaitan."

Pertemuan pertama Shah Asmara dengan Puteri Bayu Irnani diakhiri dengan perkhawinan, tapi cuma mampu bertahan selama tiga bulan sahaja. Di situ dia mendapat iktibar. Mampukah sumpah ibu yang tersentuh hatinya bisa menjadi penghalang bagi cinta nan suci?? Shah benar-benar takut!!

Cinta itu umpama di sebalik kabus. Hilang kabus timbullah ia. Namun dalam bercinta, pengorbanan sering saja meragut ketenteraman sekeping hati yang luhur. Dimanakah pula hikmahnya bila dia berjumpa Arman yang sanggup berkorban deminya??

"Kasih sayang dan cinta itu bukannya datang dari pertemuan atau perpisahan atau sekadar ucapan manis di bibir, tapi ia tertumpah daripada seseorang kepada seseorang dalam doanya" 





#sinopsisnovelBAYUASMARApenulisnyaILANIMYSARA

Friday, 17 February 2012

HAMPARAN KASIH

Dia terlalu menaruh harapan terhadapku walaupun telah kukatakan aku takut menerima cintanya. Hakimi... memang aku menerima kehadiranmu dlm hidup ini, namun aku takut kehilangan Bani. Dia memerlukan kasih sayangku. Dia adalah hak aku.

"... yang penting Kim nak pikat Ina sehingga Ina jadi milik Kim."

Hakimi, sayang... bukan semudah itu kau lafazkan. Kita berkawan sejak kecil dan berpisah begitu lama sehingga kau berdiri di hadapanku kini. Namun, aku yang bernama Narina takut menyerahkan segala jiwa dan ragaku kepadamu. Kerana apa? Kerana aku takut perhubungan kita tidak direstui oleh orang tua setelah apa yang terjadi keapda Idham dan Soraya. Mungkin mrk dapat menerimamu, tetapi dapatkh mereka menerima Bani sedangkan dia adalah sebahagian hidupku?

"Bani sayangkan cik Marina. jgn tinggalkan Bani."

TUHAN! Aku benar-benar buntu. Aku perlukan mereka dlm hidupku. Hakimi, Bani, mama dan abah... aku sayangkan mereka. Aku tidak mahu melukai hati mereka. KAU satukan mereka dalam hidupku. KAU kembalikan keceriaan kami seperti dahulu. Itu yang kuharapkan.

Ditelan mati emak, diluah mati bapa. Mampukah Marina berhadapan dgn keadaan ini? Siapakah yang terbaik buat Marina untuk menghamparkan kasihnya? Marina pasrah.








#sinopsisnovelHAMPARANKASIHpenulisnyaAMYBATRISYA

KE MANA HATIMU

Setelah bertemu dgn Ayu Fatiha, kasih izuddin terhadap tunangnya, Nurul mula goyah. Ayu Fatiha tidak ingin menerima Izuddin bila mengetahui pemuda itu telah berpunya. Kerana itu, Izuddin mengambil keputusan nekad untuk memutuskan tali pertunangan dgn harapan, Ayu Fatiha akan menerimanya. Namun, gadis itu menolaknya mentah2.


"ssampai hat awak buat dia macam tu! Saya tak sanggup menjadi peruntuh masjid yang sedang dibina. Kalaulah saya tahu awak dah bertunang..."


Bila disentap dgn realiti, Izuddin tersedar akan dosanya terhadap Nurul. DEia ingnin kembali ke pangkuan gadi s itu. Namun Nurul sudahpun menghilangkan diri. Izzuddin bagai hilang arah. Pencariannya berhasil bila Izzuddin akhirnya dapat bertemu dgn kekasih hati. Lantas dia meluahkan hasratnya utk kembali. Malangnya, Izzuddin ditempelak oleh Nurul.


"Tepuk sebelah tangan takkan berbunyi, Izu. Buat apa lagi izu nak paksa hati utk sukakan Nurul?"


Izuddin terkedu. Betapa pun Nurul hanya menghulurkan segaris harapan.


"Cinta yg kecundang seperti sebuah mahligai yg telah runtuh. Ia perlu dibina kembali dan dimulakan dgn segenggam pasir..."










#sinopsisnovelKEMANAHATIMUpenulisnyaEYMANHYKAL



MIMPI yang PASTI

Kehadirannya tidak dipinta kerana dia lahir hasil dari hubungan
terlarang. Sejak itu, Adi Putera membesar tanpa kasih sayang dan
belaian manja. Ayah entah siapa. Ibunya pula sering tiada. Dia
membesar dengan omokan; jangan buat itu, jangan buat ini, jangan
nakal, jangan main api, jangan, jangan dan jangan! Akhirnya, dia
membesar sbg anak yang penakut dan tidak punya pendirian.

Namun, jiwa remaja Adi akhirnya memberontak. Bersama Agil, Razman,
Hassan, Ijan dan Nani, mereka menyertai kumpulan rempit Mat Motor
Adi. Dalam diam, Nani menyimpan hati pada Adi. Malangnya pemuda itu
hanya menyintai Nurul seorang.

"Maaf Nani. Aku terima budimu tapi cinta adalah soal hati"

Dalam satu perlumbaan haram, adi cedera parah dan mengalami gangguan
jiwa. Lebih mengecewakannya Nurul berkahwin dgn Razman. Ini
menyebabkan Adi membawa diri. Dia menemui Nani semula. Mereka hidup
aman bahagia.

"Rupanya cintamu lebih kuat dari cinta Nurul pada aku"








#sinopsisnovelMIMPIyangPASTIdaripenulisnyaFATHILLAHANAS


LAGU RINDU

DIA pernah mengaku mencintaiku. Ingin menjadikan hubungan ini lebih serius dan bermakna. Dia membuatkan aku memasang angan-angan tentang masa depan. Hidup bersama sebagai pasangan bahagia. Dan... sejak Aqmal meluahkan rahsia hatinya, aku juga telah menyatukan jiwa untuk mencintai dia seorang.


Indah kata yang diucapkan dulu, rupa-rupanya satu nista. Pembohongan seorang lelaki kasanova yang sudah biasa menyusun harapan palsu. Lihatlah kini, apa yang ada di depanku. Gelagat Sofea membuatkan kasihku pada Aqmal sedikit malap. Tak mungkin aku akan menerima seorang lelaki yang tidak ada pendirian. Jauhbenar penilaian pertamaku tentang karisma yang Aqmal miliki. Jika benar hatiku untuknya, kenapa kehadiran Sofea seperti begitu bermakna buat dirinya??


Tangisan semalamam sudah ternoktah. Aku tidak sebodoh itu membenarkan hati menerima kehadiran cinta yang bukan untukku. Meski sesekali hati digamit cemburu dan rasa rindu mengetuk kalbu, namun aku nekad... hati ini tidak akan terus terluka kerananya. Yang pasti, aku tidak mahu usia mudaku dibelenggu derita madi cinta!!











#sinopsisnovelLAGURINDUpenulisnya AYUEMELDA

SAYANG 3 DLM 1

Seronok kan bila jadi anak bongsu? Itu yang dirasai oleh Aryana. Macam Dania dalam drama bersiri Awan Dania! Disayangi, dilindungi dan dilayan bagi menatang minyak yang penuh oleh tiga orang abangnya.

Hmm… bila sebut tentang percintaan, Aryana menongkat dagu sambil bingung memikirkan pilihan hati. Pertemuannya dengan Arel sejak pertama kali bersua di dalam lif yang rosak, menyebabkan gadis itu menjadi tidak keruan. Hati jiwangnya mula terusik. Saat Aryana mula mengenal cinta, muncul pula Zafran menagih kasih yang tidak kesampaian. Cinta monyet zaman sekolah sudah berlalu dan kini jejaka itu benar-benar menyayangi Aryana. Gadis itu bertambah bingung apabila Aizam cuba mengetuk pintu hatinya yang sudah sedia dipecah masuk oleh orang lain. Amboi, kasih sayang buat dirinya datang bertimpa-timpa, sekali harung!

Mahu atau tidak, kehidupan harus diteruskan. Sekarang, hanya ada satu cara yang harus dilakukan. Fikir dan bertindak! The best man wins! Hati kata, pilihlah dia. Otak kata, jangan! Hei, kasih… yang mana satu pilihan hatiku?








#sinopsisnovelSAYANG3DALAM1penulisnyaWEEDAAIRIZA

SELAMAT TINGGAL MEMORI

Setelah sekian lama dia lari dari memori silam yang menghimpit, akhirnya Adlan menemui sinar yang membawanya ke pangkal jalan.

Namun apabila Adlan bertrmu dengan Najmil dan Azlin, sekali lagi dia mengharungi pelbagai suka duka yang membuka episod baru dalam hidupnya.

Masa berlalu... Ketulusan Adlan mencuri hati Azlin. "Terima Kasih kerana menyelamatkan saya. Kalaulah tak ada abang tadi..."

Najmil pula diburu cemburu. "Kita berdua di jalan yang berbeza, Azlin. Terlalu berbeza. Tolonglah... jangan merumitkan keadaan yang sedia ada."

Adlan harus murungkai semua belenggu yang sarat dalam kehidupannya. Dia tidak mahu Najmil terluka dan dia tidak mahu Azlin menagih kasih yang tidak akan menjadi mimpi indah.

"Apakah yang terbaik untuk hidup Adlan itu juga baik untuk insan yang melintasi denai kehidupannya??





#sinopsisnovelSELAMATTINGGALMEMORIdaripenulisnyaSHANIKALATISHA

KASIH YANG SUCI


Sepuluh tahun yang lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepada sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba-tiba muncul Seth menawarkan diri utk menjadi suaminya. Nora Elena keliru.


Ternyata doa Seth dimakbulkan. Sepuluh tahun dia menjejaki gadis itu. Nora Elena, cinta yang bermula dari pandang pertama. Namun kenyataan tidak seindah impian. Hangatnya asmara Seth, namun hanya dia yang terbakar sendiri. Rasa cinta isterinya tidak dapat disentuh walaupun hakikatnya mereka berkongsi ranjang yang sama. Jiwa lelakinya merintih. Nora Elena bagai bayang-bayang yang tidak dapat dipegang.


“Hakikatnya, aku suami dan kamu isteri. Perkahwinan ini adalah simpulan mati. Hanya maut yang akan memisahkan kita berdua.” tegas Seth.


Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan ini? Rahsia yang selama ini disimpan kemas akhirnya terbongkar. Sebenarnya, Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya yang suci! Benarkah?


Lelaki adalah nafas hidup dan wanita adalah nadi jiwa.saling memerlukan dan mencintai. Dan cinta itu maknanya saling memberi dan menerima.
Nora Elena akhirnya reda menerima Seth. Dia tidak akan menoleh lagi kerana lelaki itulah syurganya di akhirat nanti.







#sinopsisnovelKASIHYANGSUCIpenulisnyaMEENZULAIKHA



ADAM & HAWA


AIN HAWANI, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku. Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela.
Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah… Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata.
Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Majidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu.
Tapi tegarkah Ain Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam. Benarkah dalam hati ada cinta Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung. 
               Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi…




#sinopsisnovelADAM&HAWApenulisnyaAISYASOFEA