Lewat musin bunga menyaksikan detik kemesraan Farhan dan Vanessa menjalin rasa, menyulam cinta.Mungkin juga ketentuan Yang Esa, dua hati jauh berbeza latar belakang dan budaya akhirnya bertaut menjadi satu.Namun, hakikat kehidupan tidak memungkinkan mereka mengecap bahagia berpanjangan.
Farhan... lelaki yang tidak punya segalanya.Yang dimiliki hanyalah harga diri yang tidak akan sesekali dibiarkan dipijak sewenang-wenangnya.
Vanessa... wanita yang memiliki segalanya.Namun, itu bukanlah tiket untuknya mengecapi segala kebahagiaan yang sering diimpikan.
Hakikatnya.. mana ada cinta yang tidak teruji.Tentangan keluarga akhirnya menhangcurkan mahligai cinta yang dibina.Malah, desakan hidup mampu mengubah kewarasan seorang lelaki yang tinggi akal fikirannya.Dayusnya Farhan bertindak hanya melalui sepucuk surat!! Semuanya kerana fitnah, kerana maruahnya dihina, di cela sesuka hati.
Untuk kesekian kalinya, tercarik lagi hati Vanessa.Cinta dan kasihnya musnah bak pudar ungu lavendar dimusim luruh.Dia terpaksa membuat pilihan.Antara cinta dan maruah diri, dia harus bijak membuat keputusan.Baginya, diam bukan bererti salah, bukan juga bererti mengalah.Dan dalam segala kepayahan, hati kecilnya tetap tidak berhenti berharap... akan ada jua kebahagiaan dan berakhir segala kedukaan!!!
#SINOPSISnovelHATIyangTERUSIKdaripenulisnyaNIA AZALEA
No comments:
Post a Comment